Sunday 27 February 2011

      SEJARAH DAN PENGURUSAN          
         MADRASAH NURUL HUDA

NAMA PELAJAR       :NURAZWA BINTI MAZLAN
KAD PELAJAR          :2010428704
KUMPULAN               :BMB2Ab(FINANCE)
NAMA PENSYARAH :USTAZ ABDUL AZIZ B. HARJIN





RINGKASAN TENTANG MADRASAH NURUL HUDA

Madrasah  merupakan tempat untuk menimba ilmu dalam ilmu agama. Masyarakat akan berkumpul untuk mendapatkan pengajian.Madrasah Nurul Huda ini ditubuhkan pada tahun 1989. Pada permulaan madrasah ini di buka,pengetuanya ialah lelaki yang bernama Ustaz Ramli. Namun setelah beberapa tahun,akhirnya Ustazah Zaiton telah mengambil alih jawatan pengetua tersebut. Madrasah ini menerima pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 6. Madrasah ini adalah hasil daripada pembangunan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Antara hadis yang menerangkan tentang tuntutan ilmu di dalam kehidupan manusia:


عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
 ولا تكن الخامسة فتهلك                       ( رواه الطبرنى)
Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa








                                                                  ISI KANDUNGAN

BIL
                       TAJUK

1

 RINGKASAN

2

PENDAHULUAN


3

LATAR BELAKANG PENGETUA

4

LATAR BELAKANG MADARASAH

5

PENAGALAMAN MANIS

6

PENGALAMAN PAHIT

7

AKTIVITI MADRASAH

8

HARAPAN ORANG KAMPUNG

9

KESAN-KESAN

10

RUJUKAN









                                       PENDAHULUAN

Setiap institusi yang ditubuhkan mestilah mempunyai misi dan visi. Ti dak ketinggalan juga dengan madrasah tersebut yang juga mempunyai misi dan visinya yang tersendiri. Antara msi Madrasah Nurul Huda ini ialah “Gagasan pendidikan kafa ke arah melahirkan anak-anak islam yang mempunyai ketahanan iman,mental,emosi dan jasmani dari mudah terpengaruh dengan gejala-gejala munkar dan hidup yang tunduk pada nafsu yang meruntuhkan dan merosakkan martabat insan.

Selain daripada misi,terdapat juga visi yang di pegang oleh Madrasah Nurul Huda itu sendiri. Antara visi Madrasah Nurul Huda ialah “Pengajian membwa wawasan supaya semua anak-anak islam berumur 12 tahun ke bawah boleh membaca Al-Quran dan hatam Al-Quran di samping itu mereka boleh melakukan solat fardu dengan sempurna dan dapat mengamalnya dengan cara hidup islam.

Selain daripada misi dan visi,terdpat juga Falsafah Pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain(KAFA). Antara isi kandungan dalam falsafah tersebut ialah “Pengajian fardu ain dan Al-Quran adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajaran-pelajaran ke arah memeperkembangkan fitrah individu(insan). Selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalnya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup islam.
                                           HURAIAN

LATAR BELAKANG PENGETUA MADRASAH NURUL  HUDA



Beliau di beri nama Zaiton Binti Hj Man.Beliau di lahirkan pada tanggal 27 Mac tahun 1967.Beliau di lahirkan di Paya Keladi. Sekarang beliau menetap di alamat 601 Lahar Minyak 13200 Kepala Batas,Seberang Perai Utara,Pulau Pinang. Beliau telah berkahwin dengan jejaka pilihannya sendiri yang bernama Salleh Bin Hashim. Beliau mendirikan rumahtangga pada tanggal 18 November pada tahun 1989. Hasil daripada perkahwinan beliau bersama suami tercinta,beliau di anugerahkan 7 cahaya mata. Anak perempuan beliau 3 orang dan bilangan anak lelaki seramai 4 orang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Keladi dari tahun 1 sehingga tahun 6. Selepas beliau menamatkan zaman sekolah rendah,beliau meneruskan pengajiannya ke Sekolah Agama Al-Irsyad di Pokok Sena. Apabila beliau menamatkan pendidikannya di sekolah menengah,beliau melanjutkan pengajiannya di sekolah yang sama dengan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM). Beliau pengambil aliran usuluddin pada peringkat STAM. Apabila beliau menamatkan pengajiannya dalam aliran usuluddin,beliau berjaya menempatkan diri di Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Keladi dengan menjadi guru sandaran. Beliau juga menjadi guru sandaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Mertajam. Beliau menjadi guru sandaran selama 3 tahun. Selapas menjadi guru sandaran selama 3 tahun,akhirnya beliau di tawarkan untuk mengajar agama di Madrasah Nurul Huda Penaga. Beliau mula berkhidmat di Madrasah Nurul Huda pada tahun 1990. Selepas berkhidmat selama 6 tahun sebagai pengajar di Madrasah Nurul Huda,beliau di naikkan pangkat menjadi pengetua di Madrasah Nurul Huda Penaga. Beliau menjadi pengetua sehinnga sekarang.



LATAR BELAKANG MADRASAH NURUL HUDA PENAGA

Madrasah Nurul Huda Penaga adalah asil daripada pembangunan kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 80-an. Pada tahun 1989,guru yang mengajar di Madrasah Nurul Huda hanyalah 4 orang. Ustaz Ramli menjadi pengetua pada masa itu. Ustaz Ramli menetap di Taman Penaga Pulau Pinang. Selepas ustaz Ramli bersara menjadi pengetua,ustazah Zaiton telah menggantikan tempat ustaz Ramli sebagai pengetua Madrasah Nurul Huda. Beliau berkhidmat sebagai pengetua pada tarikh 1 Januari pada tahun 1996. Pada awal penubuhan madrasah ini,tidak ramai bilangan pelajar yang di hantar untuk mengaji di madrasah ini. Selain itu juga,bilangan kelas yang di buka pada ketika itu hanyalah 4 kelas. Madrasah ini menerima pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 6. Pada ketika itu,buku-buku hanyalah terhad. Pengajian di madrasah ini menekankan hafazan ayat-ayat Al-Quran dan tilawah-tilawah Al-Quran. Pada mula-mula madrasah ini di tubuhkan,terdapat hanya 2 orang guru lelaki dan yang selebihnya adalah guru wanita. Guru-guru yang di pilih untuk mengajar di madrasah ini adalah lantikan daripada Pejabat Agama Pulau Pinang sendiri. Syarat kelayakan untuk memohon jawatan sebagai pengajar di madrasah ini ialah mereka mestilah mahir dalam hukum-hukum tajwid dan mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa arab. Di madrasah tersebut,buku-buku di beli ssendiri oleh pengetua di syarikat buku di sana. Pelajar-pelajar akan di kenakan yuran sebelum memasuki madrasah tersebut. Namun begitu,yuran yang di kenakan tidak begitu banyak. Yuran yang di kenakan bersesuaian dengan pendapatan masyarakat di situ. Terdapat keistimewaan kepada para pelajar yang bersekolah di madrasah tersebut kerana pada tahun 5,pelajar akan menduduki satu peperiksaan yang di namakan Ujian Penilaian Kelas Kafa(UPKK). Manakala pada tahun 6 pula,pelajar akan mendudukki lagi satu peperiksaan antaranya ialah Sijil Rendah Agama(SRA).SRA di perlukan apabila pelajar-pelajar lepasan tahun 6 yang berminat untuk memohon masuk ke sekolah beragama pada tinggkatan 1.
PENGALAMAN MANIS SEBAGAI PENGETUA DI MADRASAH NURUL  HUDA

Sebagai pengetua di madrasah ini,pengalaman manis beliau semasa menjadi seorang pengajajar ialah beliau berasa senang hati melihat kejayaan pelajar-pelajar di madrasah ini berjaya. Selain daripada itu,beliau merasa bersyukur apabila ibubapa yang menghantar anak-anak mereka di madrasah ini boleh menbaca Al-Quran,menulis jawi,menghafal ayat-ayat hafazan,mengetahui hukum-hukum tajwid,membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tajwid yang betul. Selain daripada itu,beliau berasa gembira apabila pelajar-pelajarnya mendapat kedudukan yang baik dalam peperiksaan. Di madrasah Nurul Huda,pemberian hadiah kepada pelajar di lakukan pada akhir tahun setiap habis peperiksaan akhir tahun. Pemberian hadiah di berikan kepada pelajar yang menduduki tempat 1 sehingga tempat ke 5 dalam peperiksaan akhir tahun.





PENGALAMAN PAHIT SEBAGAI PENGETUA DI MADRASAH NURUL HUDA

Sebagai pengetua di sebuah institusi keagamaan seperti di Madrasah Nurul Huda banyak cabaran dan halangannya. Pertama sekali sebagai pengetua,beliau menghadapi masalah kewangan untuk membangunkan madrasah ini. Sumber kewangan yang di prolehi tidak dapat menampung keperluan para pengajar dan pelajar-pelajar di madrasah ini. Sumber kewangan di peroleh daripada bantuan kementerian pelajaran sendiri. Selain daripada itu,beliau juga meminta bantuan daripada agensi-agensi seperti Jabatan Agama Islam Pulau Pinang(JAIP) untuk menampung pembelian buku-buku kepada para pelajar. Bahkan beliau bersusah-payah berusaha untuk mendapat bantuan dari segi peralatan di madarasah seperti kerusi belajar,meja belajar,sejadah dan sebagainya.

Selain daripada itu,antara pengalaman pahit yang di alami beliau ialah menyelesaikan masalah pergaduhan di antara pelajar-pelajar. Seperti yang kita semua sedia maklum,menjadi perkara biasa di sekolah apabila para pelajar bergaduh sesama sendiri. Namun sebagai seorang pengetua yang berpengalaman,beliau dapat menangani masalah pergaduhan di antara pelajar dengan penuh dedikasi dan adil. Seperti yang beliau ceritakan kepada saya,terdapat juga kes-kes di mana pelajar mencuri barang milik kawan mereka sendiri. Malahan,ada sesetengah pelajar yang merosakkan harta benda madrasah itu sendiri. Selain daripada itu juga,terdapat sesetengah pelajar yang bertindak agresif seperti melawan guru-guru di dalam kelas. Hal ini berlaku kerana pelajar tersebut tidak dapat menerima teguran daripada guru-guru mereka. Mereka akan bertindak seperti ponteng dari kelas.

Selain daripada itu juga,antara pengalaman pahit beliau sebagai seorang pengetua,beliau bukan sahaja menyelesaikan masalah pergaduhan di antara para pelajar malahan turut menyelesaikan masalah pergaduhan di antara ibubapa para pelajar itu sendiri. Beliau menceritakan pengalaman yang di alami oleh beliau sewaktu beliau berkhidmat sebagai pengetua di madrasah tersebut. Hal ini berlaku apabila ibupa tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka melakukan kesalahan di madrasah tersebut. Terdapat satu kes di mana terdapat seorang pelajar yang di tangkap oleh guru kerana melakukan kesalahan mencuri barang milik kawan sekelasnya. Sewaktu guru tersebut menangkapnya,memang terdapat bukti bahawa pelajar tersebut mengambil barang yang bukan miliknya. Malahan,sewaktu di tangkap  pelajar tersebut mengakui bahawa dia memang berniat untuk mengambil barang milik kawannya itu. Apabila pelajar tersebut di tangkap kerana mencuri,beliau sebagai pengetua menghubungi waris kepada pelajar tersebut. Ibu atau bapa pelajar tersebut di panggil ke madrasah untuk memberitahu keadaan anaknya di madrasah itu. Setelah ibu bapa pelajar itu datang ke sekolah,ibubapa pelajar tersebut seolah-olah memarahi beliau kerana cuba menuduh anaknya mencuri. Berlakulah pertengkaran di antara guru di madrasah itu dengan ibubapa pelajar tersebut. Akhirnya beliau memanggil anaknya lalu bertanya hal yang sebenar. Akhirnya anaknya menjawab bahawa memang dia cuba untuk mencuri barang milik kawan sekelanya. Ibubapa tersebut meminta maaf kepada guru-guru dan pengetua.

Terdapat juga pengalaman pahit lain seperti beliau terpaksa pergi ke rumah-rumah pelajar yang tidak datang ke sekolah melebihi tiga hari berturut-turut. Apabila beliau pergi ke rumah pelajar tersebut,ibubapa mereka tidak ada di rumah kerana kedua-dua ibubapa mereka sibuk mencari rezeki di luar. Pelajar tersebut bebas dalam melakukan apa sahaja kerana ibubapa mereka tidak ada di rumah. Oleh itu,pelajar tersebut selalu ponteng sekolah. Malahan terdapat juga kes di mana pelajar tersebut keluar berpakaian sekolah tetapi tidak menghadirkan diri ke madrasah itu. Pelajar tersebut berbohong kepada ibubapa mereka.






AKTIVITI YANG DI JALANKAN DI MADRASAH NURUL HUDA

Antara aktiviti yang di jalankan di Madrasah Nurul Huda yang berlainan daripada sekolah-sekolah yang lain ialah setiap kali sebelum memulakan pengajian dalam kelas,pelajar-pelajar di wajibkan membaca surah-surah dahulu. Ini merupakan perkara wajib bagi pelajar-pelajar tersebut.
Selain daripada itu,setiap hari jumaat madrasah tersebut akan mengadakan perhimpunan pada pukul 3 petang pada setiap minggu. Hal ini kerana,pengetua akan memberitahu sekiranya ada sesuatu yang penting yang berlaku di madrasah tersebut. Malahn,pengetua akan memberitahu sekiranya berlaku apa-apa kejadian di dalam madrasah tersebut.
Selain daripada itu juga,antara aktiviti yang di lakukan di Madrasah Nurul Huda tersebut ialah pelajar-pelajar di wajibkan solat berjemaah pada waktu Asar di surau madrasah tersebut. Setiap pelajar di beri peluang untuk menjadi iman. Hal ini kerana,apabila pelajar-pelajar di beri peluang untuk menjadi iman,mereka akan lebih bertanggungjawab. Pelajar-pelajar lelaki akan solat terdahulu. Selepas selesai pelajar lelaki solat berjemaah,pelajar perempuan akan solat selepas itu.
Selain itu juga,antara aktiviti yang di lakukan di madrsah terssebut itu ialah apabila tiba musim cuti sekolah,madsah itu tetap menjalankan pengajian tetapi bukan sepanjang musin cuti sekolah pada bulan 12 tetapi madrasah tersebut menjalankan pengajian selama 8 hari pada musim cuti sekolah.
Bahkan juga,madrasah tersebut juga mengadakan aktiviti seperti membuat rombongan sambil belajar. Pada setiap tahun,marasasah tersebut mempunyai aktiviti sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan sesuai dengan pelajar-pelajar di bawah umur 12 tahun. Seperti contoh,pada tahun lepas madrasah tersebut membuat rombongan ke Cameran Highland. Ini akan membuat pelajar-pelajar akan berasa seronok. Seperti yang di beritahu kepada saya,pengetua tersebut memberitahu pada tahun ini mungkin madrasah akan membuat rombongan ke Kelantan.
Selain itu juga,pada setiap tahun semperna Maulidur Rasul madrasah tersebut akan menganjurkan aktiviti seperti perarakan dari madrasah ke masjid. Pelajar-pelajar yang ingin melibatkan diri akan akan datang ke madrasah tersebut dan membuat persiapan untuk berarak.




GAMBAR-GAMBAR DI MADRASAH NURUL HUDA

                                                





HARAPAN ORANG SEKELILING KEPADA MADRASAH NURUL HUDA

Antara harapan orang sekeliling kepada madrasah tersebut ialah supaya madrasah tersebut di teruskan sampai bila-bila. Hal ini kerana,sejak madarasah itu di tubuhkan anak-anak oarang sekeliling di situ dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang agama terutamanya dalam membaca Al-Quran dan menulis jawi. Terdapat ramai ibubapa yang menghantar anak mereka ke madrasah tersebut. Antaranya mereka tinggal di Penaga,Permatang Rambai,Permatang Sintok,Bakar Kapoor dan yang berekatan dengan madrasah tersebut. Sebagai ibupaba,mereka berharap dengan adanya madrasah tersebut anak-anak mereka akan menjadi orang yang berguna di masa hadapan dan boleh membimbing mereka sekeluarga dalam bidang agama.


                           KESAN-KESAN MADRASAH NURUL HUDA DI
                                                 DI TUBUHKAN

Antara kesan-kesan madrasah tersebut di tubuhkan adalah pengajar-pengajar di madarsah tersebut dapat mengajar anak-anak orang sekeliling di situ dalam ilmu agama. Anak-anak di situ dapat mengenal antara yang baik dan buruk. Pelajar-pelajar dapat belajar dalam menunaikan solat 5 waktu dengan betul. Malahan pelajar-pelajar di madarasah tersebut dapat belajar berpuasa dan mengetahui perkara munkar dan nangkir. Selain itu juga,palajar-pelajar dapat menulis jawi dengan baik. Malahan,mereka juga di ajar untuk membaca jawi dengan lancar sekali.


                                           KESIMPULAN

Kesimpulannya,apabila saya melawat ke Madrasah Nurul Huda tersebut,saya melihat ketekunan pengajar-pengajar di situ dalam memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya. Selain itu juga,saya mengagumi beliau sebagai pengetua di madrasah tersebut kerana beliau dapat menjaga madrasah tersebut dengan begitu baik sekali. Beliau sabar dalam menguruskan permasalah.



                                          RUJUKAN

Pn. Zaiton Binti Hj Man
Pn. Hanita Binti Hashim